Cool People

loveYouloveYou

Daisypath Anniversary tickers

June 9, 2011

Kitab Cinta ♥


Assalamualaikum :)


Hai semua!
Jgn masham2 ye senyummm tak perlu kata apa apa :)
Ok, amek syarat update blog ni je arini.
Kite tahu korang skarang dok syok layan Nora Elena kan?
Ape kate kite layan citer ni jugak.
(kite suka drama ni sebab ad Fazura hihi)
and one point, drama ni ala2 cerita Ketika Cinta Bertasbih la tapi KCB tu lagi mantap :)









Sinopsis drama Kitab Cinta

Kita tetiba terpanggil untuk tengok cerita ni..berlatarbelakangkan pengkajian banda acheh yang dilanda tsunami seketika dulu.

Di tayangkan di tv Al Hijrah (saluran Astro 114 atau 994) pada 2hb Jun jam 8.30 malam Setiap rabu hingga jumaat so sebelum maharaja lawak :) Drama arahan Erma Fatima ni diadaptasi dari sebuah novel Kitab Cinta tulisan Taufiqrahman.

Kitab Cinta banyak buat pengambaran di Acheh, suasana kampung yang damai dan tenang sangat cantik.
Pelakon dalam Kitab Cinta ni ialah Hardy Hartono Danurussami sebagai Wali, Fazura sebagai Mustika, Feri Agus Suriandi sbg Irfan yang lain entahlah tp nampak ada nama neolofa tapi tak tau yg mana satu dlm cerita ni.

berkisarkan Fazura seorang pelajar di institut pengajian tinggi Islam tersohor Malaysia telah ditugaskan oleh pensyarahnya bersama dengan rakan2 nya yang lain untuk mengkaji tentang Bandar Acheh selepas dilanda Tsunami.

Mereka hanya bertudung kerana mengikut undang2 tempat dia belajar yang mewajibkan pelajar wanita bertudung dan menutup aurat.

Setelah waktunya tiba mereka pun berangkat ke Acheh.
Di sana mereka dibimbing oleh seorang anak muda indonesia.
Abang Wali namanya...so diala yang banyak tolong tunjukkan jalan serta bagi penerangan sikit2 kat sana tu..abg wali tu orang kampung byk bg ceramah agama kat sana dan diminati oleh gadis sekampung dia gak..pastu ada la dengki dengki fitnah..kawan makan kawan..apa lagi daa..kita suka la jalan ceritanya..nnt sambung daa..sbb mmg citer ni sambung..depa balik malaysia lak nnt.kita dah terbaca sinopsis cerita sampai abis lak krkrkkr:'(







SINOPSIS DRAMA KITAB CINTA (NOVEL NUKILAN TAUFIQ RAHMAN)
Kisah bermula dengan kehadiran tujuh orang mahasiswa dan mahasiswi untuk membuat kajian di Kampung Telagasari. Kumpulan tersebut terdiri dari Rindu,Dewi, Intan, Zulaikha, Dicky, Doni dan Rangga. Di sana mereka telah bertemu dengan dua orang sahabat yang cukup akrab Umar dan Yusuf. Umar merupakan seorang mahasiswa sebuah universiti di kota manakala Yusuf hanyalah seorang pemuda yang mengabdikan diri pada kampung sahaja oleh kerana dihimpit kemiskinan.
Cinta Zulaikha terhadap Yusuf dinyatakan melalui surat-surat Zulaikha yang dikirimkan kepada Yusuf sekembalinya ke kota. Namun Yusuf dengan berhati-hati membalas surat tersebut agar tidak memberikan pengharapan mahupun tidak melukakan hati Zulaikha.
Namun begitu tanpa disedari, Atikah teman sekampung serta jiran Yusuf turut mencintainya secara senyap-senyap. Perkara ini menjadi buah mulut orang kampung mengenai dua gadis yang mendambakan cinta Yusuf. Ianya membuatkan Yusuf dan ayahnya Ya’kub menjadi serba salah. Apatah lagi Atikah dan ibunya menggunakan pelbagai cara untuk menawan hati Yusuf. Maka timbulah fitnah yang diada-adakan oleh ibu Atikah terhadap Yusuf yang menyebabkan dia membawa diri jauh ke kota demi mengelak berlakunya fitnah yang lebih buruk.
Manakala Zulaikha pula oleh kerana kerinduan cintanya kepada Yusuf, telah mengambil keputusan untuk pergi menemui Yusuf di desa Telagasari. Namun, ternyata kedatangannya itu agak terlewat kerana Yusuf telah pun membawa dirinya ke kota. Maka Zalaikha nekad untuk tinggal di desa itu demi menjaga Ya’kub, ayah Yusuf walaupun ditolak orang tua itu. Zulaikha tinggal bersama Atikah dan ibunya tanpa mengetahui bahawa Atikah dan ibunya telah merancang untuk menghancurkan cinta Zulaikha dan Yusuf dengan memasukkan Umar, sahabat baik Yusuf sendiri sebagai orang ketiga. Maka oleh kerana kesunyian tanpa Yusuf, cinta Zulaikha telah beralih arah kepada Umar.
Di kota, Yusuf bekerja sebagai tukang pengilap kasut disebuah Masjid. Dia juga turut mendapat kepercayaan tuan imam untuk bertugas secara sambilan sebagai muazzin dan penceramah. Disitulah yang membawa kepada pertemuan dengan Ahsin Wijaya, ayah Zulaikah tanpa pengetahuannya. Pak Ahsin begitu tertarik dengan akhlak Yusuf sehinggakan dia menawarkan Yusuf untuk bekerja dirumahnya sebagai tukang kebun. Pak Ahsin telah menguji keikhlasan dan amanah Yusuf dengan beberapa kejadian, namun ternyata Yusuf adalah kuat imannya.
Di desa Telagasari, penduduk heboh memperkatakan bahawa Zulaikha dan Umar akan berkahwin. Ramai penduduk yang mengutuk serta membenci Zulaikha dan Umar. Bagi mereka, Zulaikha merupakan seorang yang munafik dalam cintanya terhadap Yusuf. Manakala Umar pula merupakan penjahat yang sanggup menikam sahabatnya sendiri Yusuf dengan merampas cinta Zulaikha...........................
(ok stakat ni je kite wat sinopsis dia nanti dah xsuspens plak huhu)

ending dia best so gud to see..so, tontonlah heehe:)))))))




Fazura sgt versatile.
Dia bukan sebagai penggoda or perempuan pisau cukur
dalam drama ni :)






Inilah hero dan heroin drama ni.



Selamat menonton :)



owh bagi umah sape2 yg takde astro mcm umah kite ni,
tade masalah. Jom layan kat sini teamsalkom/kitab-cinta-episod-01

3 comments:

Anonymous said...

wowwwwww !

orang jepun pun layan eh cite cite cam nih. weehuuuu

Senorita Nadira said...

layan jgn tak layannn:)))))))

LittleGurl said...

ala comeinye fazura pakai tudung.