Cool People

loveYouloveYou

Daisypath Anniversary tickers

July 18, 2012

Tutti Frutti Japan



Assalamualaikum !!



Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim.. aku merasmikan balik blog aku yg serba daif dan kekurangan ni :)) Sapa2 yg rajin nak kira tu. kiralah berapa kurun dah belog aku ni tak di-update! alah update pon bukan ada orang nak baca pownn ! Tapi aku sayang belog ni.. at least aku ada ruang utk menulis time aku rasa nak menulis dan bercerita :) Ok enough membebel. Tak cukup masa ni. Minggu depan dah final exam ni. Minggu depan ???

Okay lihat sajalah gambar2 yg ada ye. Ni bukan TF pon. Kedai dessert biasa2 je kt kg kesayangan aku ni. Jeles punya pasal korang salu p TF kan! aku tanah pergi lagi~ Balik raya nnti memang aku nk p terjah ar !!






















nah amek kau. gambar sahaja. name pon blog saya jadi gambar saya lah yg mesti banyak kan??
 Byeeeeee !!

doakan saya boleh buat exam huhuhu



Love, 

NR


June 22, 2012

果物ほしい!Craving-for-Fruits




Assalamualaikum



 NRNadira Online Shop ada berita baek utk anda !! Klik sini utk singgah :)




Haaaai gegadis di luar sana tu ! Sihat2 kah anda semua ? Si gadis di sini pon sihat2 aja hihi (nak bergadis2 la plak kan hoho). Well, today is Friday ! Woooo i loike Friday so much!! Hmmm hari ini macam biasalah aku kelas from 10:30am to 16:10pm. Tapi kelas pagi tu aku salu lenggang2 kangkung wat lambat2 sudahnya sampai kelas jam 10:45am. Hui terbaek! alah pergi awal2 pon tableh jgk nanti duduk atas kerusi 10 minit, mata dah ngantok. Pergi lambat sikit jadi xngantuk sebab masa kelas tu dah nak habes so mmg focus tu 90% lah! hihi :D
Tapi ada jugak sensei yg very strict about time. Lewat 5 minit, 10 minit or 20 minit mmg out terus. Kira absence. Luckily my name is the last one on the cheque list. Sampai lewat seminit dua, sempat lagi angkat tangan haiiiit ! 

Hmm talking about Japan. I am 100% sure that most of you imagine Japan as ; awek dia cun2, the guys handsome tahap macam dalam drama Jepun tu, robots, reasonable cars especially sport cars, motorbikes, make-ups, fashions, sushi, Naruto, teknologi canggih tahap taleh nak cakap hape dah, and much more. Am i right ? As a student yg dah hampir 3 tahun menetap kat sini, aku dgn rendah diri nak reveal sesuatu lah. Hihi.

First of all, lets take a look at these..


Durian Thai mari. Cost about Rm60 each. Huii mampu tengok ajelah :(
Japanese call this ; dorian

 Tembikai susu kot ni kan? - melon
cost about RM16 utk satu per empat , RM32 utk half
Japanese call this ; Meron

 Ini pon sama. Melon. Mahal gila yg ni. Buat hantaran kahwen pon boley maaa
cost about RM160 sebijik wooooo

 Ini pulak epal. Tak pasti epal buatan tempatan or luar negara.
Cost about RM12 each
Japanese call this ; Ringo

 Pineapple cost about RM20 each
Japanese call this ; Pain-nap-puru

 Tomato jugak mahal. Naseb baek aku tak suka sangat tomata haha.
RM16 for 3 ketol yg sederhana besar.
Japanese call this ; Tomato


 Bunga kobis. Yg ni pon antara range harga yg mahal jgk antara sayur dan buah.
Utk saiz yg kecik molek tu, cost about RM12 :(
Japanese call this ; Kauri-furawa-

Mango Thai mari sedapnyaaa! huee manpu tengok aje.
Cost about RM6 each. Bolehla kalo nak try beli sebijik hoho.

more info: 
bawang puteh 3 labu - about RM4
bawang besar 4 biji - about RM8
sawi secengkak - RM4
timun batang yg kurusssss nan sebarang - about RM2
carrot panjang tapak tangan, saiz yg besarnya lebeh kurang dua jari - RM12 for 3 batang
and the list goes down
.
.
.
.
.
.
.



Something about Japan that most of us didnt know about it. Buah-buahan dan sayur di Jepun tersangatlah mahal !! Kamu-kamu yg kat Malaysia tu.. Silalah bersyukur dengan apa yg kamu ada di tanah tumpah darah kite tu. We have everything that we need in Malaysia. Mana nak dapat durian berbakul-bakul tu dengan harge kurang dari Rm100 ? Mana nak dapat mangga dan rambutan yg berplastik2 tu tanpa perlu bayar ? (sebab pokok kat belakang umah jer hihi ).. Malaysia Malaysia Malaysia ! Miss Malaysia so much !
Kat sini aku jarang sangat beli buah sebab agak mahal kan. Nak kata berkira tu.. Hmm adala jugak sikit2. So, pendek cerita kat sini tak boleh la nak buat buah as snack time malam2 or petang2. Better aku buat cek mek molek kot or cucur udang. Jimat2 pon jimat hak3!! kreatif tak kreatif tak ?? :DD

owh by the way,
* i  just got my first parcel from Malaysia this morning ! HAPPY HAPPY HAPPY !
my first attempt utk menjalani kehidupan dan mengambil pemakanan yg sihat :)




my sifu aka my couch wrote these to me. isn't she is so sweeet? :)





Ya Allah, kuatkanlah semangatku utk menempuh hidup yg penuh liku ini. Berkatilah hidupku, kedua ibubapaku, keluarga, saudara2 ku, dan seluruh umat Islam di dunia.. Amin..


Happy weekend all !

love, 

N.R



June 16, 2012

Life Can Change;Life Was Change



Assalamualaikum



LOVE, LOVE, LOVE ! <3
Hye readers! Hye friends ! 
Happy Saturday all



Masyaallah it has been almost 10 days I didnt up any entry in this blog hueeeee :( Time flies so fast! Agree enough? In a week, I got so many classes, reports to be settled, and now mid term tests. Really didnt get enough rest on weekdays. とても辛かった~ Sometimes I just feel give up for all these things but of course I cant stop in the middle with my degree unsettle right? Hmmm life have to go on even we feel tired, bored and bla bla bla.. NAD you got just half of your way to settle up these things, BE STRONG BE STRONG and BE STRONG !!

Yeah its Saturday and what do you all do today ? I got nothing to do plus its raining-non-stop from yesterday as an effect of typhoon:( So, just lazily at home and maybe I will cook something special today yaww ! :)
Owh, not in my mood of writing right now so just look at the photos taken 10 days ago :D


newly bought wedges. 1980 yen. the cheapest one LOL

Gold and Silver. I choose the gold one! Yeuuuwww!


Pusing2 kat kedai-catwalk ala2 models sambil ambek gambar.
Kat sini pon jadiklerrrr almaklumla kitorang tade kereta nak p ronggeng jauh2 huhu.
TADE KEJE punya pasal utk habiskan hujung minggu








geng sekepala-my housemate hihi !


aktiviti minggu lepas juga. basuh kasut kesayangan.

**Eksen semata je tu, belinya tak pon. Kah3!!


Okay done for today ! Happy weekend you all.
Tolong pergi berjalan2 untuk saya ye boley? huhu:(



Bye Bye Bye sweetyyyy <3


N.R


May 26, 2012

Ooichiiiiii 食べ物


    


Asalamualaikum




Hye peeps ! Today is Saturday people, Saturday ! I love I love I love ! :D Memandangkan weekdays jadual kelas aku tersangatlah pack, dari pukul 10:30 pagi hingga 4:10 petang dan ada hari yg berlanjutan sampai 5 petang. Huh penat wey penat. Tercungap2 aku rasa ! Dengan berkejar nak siapkan report lagi, nak siapkan itu dan ini lagi dan masak lagi. Haish! Hmmmm cakap pasal masak. Aku dan housemate aku skang rajin buat bento aka bekal ke skolah. Lembik wey kalo tak bawak bento. Kalo tak bawak, aku akan ke coop skolah aku tu. Bila sampai sana mula lah macam nak ghiau ! Daripada 30 aneka roti berperisa dan tak berperisa, adalah dalam 1 atau  2 yang boleh makan. Kalo takleh makan tu probably contain of margerin (yg shubhah dari haiwan @ tumbuhan), shortening, gelatin dan vavi. Kemudian, aku usha2 bento yg dijual kat situ, tilik punya tilik sampai juling biji mata pon, takleh makan jugak. Mostly ada vavi, daging ayam, daging lembu dan sosej. Kalo ada yg lauk ikan pon, tiba2 kat celah tu mesti ada benda harem. Owh damn ! Time tu baru ko teringat balik ko balik skolah dulu mak ko masak ko complain macam2. Tak sedap lah itulah inilah. Ni takleh nak makan langsung der. Tak boleh nak cakap apa perasaannya. Hampa kecewa, lapar, nak marah dan macam2 lagik! Perut tengah berkeroncong mintak diisi nih. Okay roti, bento sah2 dah harem, mari kite ke rak onigiri. Okay arini ada onigiri yg HALAL. Contohnya salmon-mayonese onigiri, ebi-mayo onigiri (udang+mayonese), dan sarada onigiri (salad onigiri). TAPI ada time takleh makan sebab mengandungi arak jepun, gelatin dan vavi. Time tuh aku rasa nak je g lempang mak cik coop tu. Apasalla org Jepun ni sukeeeeeee sangat makan vavi. Haish aku pon tak tahu. Pendek kata aku akan tawaf la coop yg serba kecik itu setiap hari utk mencari sesuap makanan. Paling takleh blah, terpaksa makan jajan and chocolate je. Tahan perut dari pagi sampai petang. Tapi sekarang tak dah. Sebab hari2 bawak bento yuhuuuuuuuuu!



Bercakap pasal makanan Ooochiiiiiii食べ物 (ooichii tabemono) means makanan yg enak2 bangat. Lagi enak kalo kita sendri yg membuatnya kan ? Hihi :) 
* yg ni aku buat Ahad lepas




Blueberry-Cheese-Tarts


Kenapa tiba2 aku rajin buat bendalah ni? sebabnya aku teringin gila nak makan! Kat Jepun negara serba maju ni mestila adal dijual tetapi tidak halal. Dipercayai mempunyai gelatin dan alcohol.
First time buat naseb baek menjadi.


Cucur Badaks

Kenapa tiba2 aku rajin buat bendalah ni? sebabnya aku teringin gila nak makan! Kat Jepun negara serba maju ni mestila TIDAK ada kueh semantap ni. Usah kata cucur badak, badak pon tadak. Krkrrkr ;'(
First time jugak buat. Naseb baek jugak ni menjadi.. Sedap sampai seminit dah habes licin nyah!



Nasi Goreng Ayam ala2 Kat Kedai

 Letak nama taleh blah kan? Letak jela nasi ayam goreng ape ke susah nk letak panjang2.
Ooooo wait2. Letak nama camtu ambil feel wooooo. Balik2 lawatan ke loji air kumbahan petang Jumaat tu, perutku meminta di isi dengan makanan ini. Akhirnya dapat jugak aku merasa makan nasi goreng ala2 kat kedai ni. Dah dekat setahun tak balik Malaysia sos :(



nasi puteh+sotong+ayam goreng celup tepung

 Yg ni makan lunch siang tadi. Tak berkeinginan nak masak sedap2. Masak tanpa rujukan resepi di internet, maka terjadi lah lauk ini. Makan sorang2 sambil layan drama Bicara Hati.



 
going back home after buying some groceries.





Laki aku cakap gambar nasi goreng tu aku p cekup kat google. Owh beliau memang tak percaya dengan kebolehankuuuuuuuuuuuu ! wwuwuwuwuwu sedeyh okay. Tapi takpe kite cuba lagi laen kali.
I will never give up syg. Because I love you more and more and more and I will do anything for you<3
Okay sekarang boleh lah slow2 masuk tido sebab laki ku tiada-pergi melepaks dengan boyfriends nya. Tape bagi je die keluar sekarang, nanti kawen suh jaga anak pulak hihi :) 




 Happy Sunday ya all!

Bye2



Love and hugs,

NR



May 22, 2012

I Need Health Supplement






Assalamualaikum



Salam 1 Rejab kepada semua yg membaca penulisan saya pada hari ini :) 

Pagi tadi terjadinya solar eclipse kat Jepun dalam jam 7:30 am lebeh kurang. Tapi aku lah insan paling rugi atas muka bumi ni sebab aku tak sempat melihat kejadian indah ciptaan Allah swt itu akibat tidur sampai tak hengat dunia. Aku memang salu mcm ni. Terlepas utk menyaksikan panorama seindah itu. Huh rugi rugi rugi !! OK dah2 menyesal pon tak guna lagi. Wuwuwuwuw:(. Hmmm hari ni sekolah dari 10:30 am to 5:45 pm. Huh letehnya rasa cam nak pengsan. Balik2 lapar gila rasa cam nak makan orang boleh tak? Owh actually nak cerita benda ni hehhe :)
Lepas aku balik dari sekolah tu around 6 pm, aku singgahla drugs store dekat rumah aku ni je haa. Jalan dalam 20 langkah dah boleh sampai kot. Kalo kayuh basikal dalam 10 kayuhan aku rasa haha! Tapi memang gila lah dekat aku cakap tapi hareemmm aku jarang gila nak p sana. Sebab jalan tu bukan one way aku ulang-alik ke sekolah. Nama kedai tu くすりのレディ (kusuri no redi-) Redi means Lady :) Nak dijadikan cerita aku singgah la situ hari ni sebab dah dekat 5 bulan aku mencari2 perfume bilik tapi tak tercari2. Sebelom tu aku usha jugak health supplements. Kalo korang nak tahu, selama 22 tahun aku hidup ni, aku tak pernah ambil sebarang supplement untuk kesihatan. SERIOUSLY ! Tapi alhamdulillah setakat ni aku sihat walafiat tade sebarang penyakit. Syukur ya Allah:) Aku rasa ni mungkin berkat cikgu tadika aku suap Scott Emoltions pagi2 time tadika dulu. Jadiklah aku sihat begini hak3!! Owh pernah la sekali aku beli tahun lepas Seven Seas Cod Liver Oil dalam bentuk pills. Kononnya lah nak amalkan makan pagi2 tapi harem sebab aku jarang sgt breakfast n pergi kelas pon terkocoh2. Mane sempat nak telan pill tu. Sudahnya, aku tersalah letak atas micro wave, tengok2 dlm sebulan 2, separuh dari pills tu dah cair n sticks to each other ! Owh sangat sedeh sbb nak kata mahal tu taklah tapi sbb aku first time beli kan. Sayang punya sayang aku pon simpan lah yg elok lg yg half tu.. Sampai ke sudah aku x makan and buang camtu jer. Kesian dia hueee:(

Aku teringin sangat nak cuba grapeseed oil punya supplements. Artis Hollywood ramai amalkan supplement ni sbb bagus utk kulit. Dengar katanya kulit jadi cantik gila kalo makan grapeseed oil. Dengar katanya lah..
Aku pon usha la kat Lady tu and supplement dia macam2 nyah! Rabun mata I ! Okay seperti biasa aku sbg ahli JAKIM sedia menjalankan tugas hihii :))))



Placenta C - jelly

item details 
 豚コラーゲンペプチド - pig collagen peptide
豚プラセンタエキス - pig placenta extract
豚エラスチン - pig elastine
  ゼラチン - gelatin (mostly from vavi jugak)
hueeee ada hati nak makan kerr?
status: HARAM



 SHISEIDO The Collagen-powder

item details
コラゲンペプチド(魚由来)- collagen peptide (derived from fish)
ゼラチン - gelatin (vavi)
Status : HARAM jugak!



ITOH Blueberry Routine Plus (capsules)

item details: 
ゼラチン(豚由来)- derived from pig
status: HARAMMMM


Blueberry (capsules)

 item details:
Tiada apa2 yg haram di situ 
status: HALAL !!


** this is why I love japan soooo much! they really take a good rensponsibility about the ingredients especially on foods sbb senang orang nak rujuk tambah2 yg jenis allergic. Kat Malaysia buat macam ni kan best! Tulis dalam bahasa Kimia kite mana nak paham kannn ???


 this one called Makirons
aku tgh pkai dalam 3 minggu camtu.
my japanese friend suggest me to apply this a little bit on my face after take shower.
dia antiseptics yg lemah so pkai sikit je.
katanya utk kurangkan bakteria kat muka agar jerawat tak tumbuh melata.
katanya lah....


 macam2 pewangi ade! fening kepala sudeyhhh



 lastly i chose this!
Air wick freshener. Aqua floral.

 beli sabun basuh baju jugak! 

Biore for mens? hihihii:))





Walaupun kecewa tak dapat beli supplements td, at least aku happy bilik dah wangi hihihi.. Korang kalo nak beli pape tengok dulu ingredients ok! jangan maen bedal ajer. Banyak lagi benda yg halal di bumi Allah ni. 




Jumpe lagi esok lusa tulat byeeeeee !!

love,


NR