Cool People

loveYouloveYou

Daisypath Anniversary tickers

May 26, 2012

Ooichiiiiii 食べ物


    


Asalamualaikum




Hye peeps ! Today is Saturday people, Saturday ! I love I love I love ! :D Memandangkan weekdays jadual kelas aku tersangatlah pack, dari pukul 10:30 pagi hingga 4:10 petang dan ada hari yg berlanjutan sampai 5 petang. Huh penat wey penat. Tercungap2 aku rasa ! Dengan berkejar nak siapkan report lagi, nak siapkan itu dan ini lagi dan masak lagi. Haish! Hmmmm cakap pasal masak. Aku dan housemate aku skang rajin buat bento aka bekal ke skolah. Lembik wey kalo tak bawak bento. Kalo tak bawak, aku akan ke coop skolah aku tu. Bila sampai sana mula lah macam nak ghiau ! Daripada 30 aneka roti berperisa dan tak berperisa, adalah dalam 1 atau  2 yang boleh makan. Kalo takleh makan tu probably contain of margerin (yg shubhah dari haiwan @ tumbuhan), shortening, gelatin dan vavi. Kemudian, aku usha2 bento yg dijual kat situ, tilik punya tilik sampai juling biji mata pon, takleh makan jugak. Mostly ada vavi, daging ayam, daging lembu dan sosej. Kalo ada yg lauk ikan pon, tiba2 kat celah tu mesti ada benda harem. Owh damn ! Time tu baru ko teringat balik ko balik skolah dulu mak ko masak ko complain macam2. Tak sedap lah itulah inilah. Ni takleh nak makan langsung der. Tak boleh nak cakap apa perasaannya. Hampa kecewa, lapar, nak marah dan macam2 lagik! Perut tengah berkeroncong mintak diisi nih. Okay roti, bento sah2 dah harem, mari kite ke rak onigiri. Okay arini ada onigiri yg HALAL. Contohnya salmon-mayonese onigiri, ebi-mayo onigiri (udang+mayonese), dan sarada onigiri (salad onigiri). TAPI ada time takleh makan sebab mengandungi arak jepun, gelatin dan vavi. Time tuh aku rasa nak je g lempang mak cik coop tu. Apasalla org Jepun ni sukeeeeeee sangat makan vavi. Haish aku pon tak tahu. Pendek kata aku akan tawaf la coop yg serba kecik itu setiap hari utk mencari sesuap makanan. Paling takleh blah, terpaksa makan jajan and chocolate je. Tahan perut dari pagi sampai petang. Tapi sekarang tak dah. Sebab hari2 bawak bento yuhuuuuuuuuu!



Bercakap pasal makanan Ooochiiiiiii食べ物 (ooichii tabemono) means makanan yg enak2 bangat. Lagi enak kalo kita sendri yg membuatnya kan ? Hihi :) 
* yg ni aku buat Ahad lepas




Blueberry-Cheese-Tarts


Kenapa tiba2 aku rajin buat bendalah ni? sebabnya aku teringin gila nak makan! Kat Jepun negara serba maju ni mestila adal dijual tetapi tidak halal. Dipercayai mempunyai gelatin dan alcohol.
First time buat naseb baek menjadi.


Cucur Badaks

Kenapa tiba2 aku rajin buat bendalah ni? sebabnya aku teringin gila nak makan! Kat Jepun negara serba maju ni mestila TIDAK ada kueh semantap ni. Usah kata cucur badak, badak pon tadak. Krkrrkr ;'(
First time jugak buat. Naseb baek jugak ni menjadi.. Sedap sampai seminit dah habes licin nyah!



Nasi Goreng Ayam ala2 Kat Kedai

 Letak nama taleh blah kan? Letak jela nasi ayam goreng ape ke susah nk letak panjang2.
Ooooo wait2. Letak nama camtu ambil feel wooooo. Balik2 lawatan ke loji air kumbahan petang Jumaat tu, perutku meminta di isi dengan makanan ini. Akhirnya dapat jugak aku merasa makan nasi goreng ala2 kat kedai ni. Dah dekat setahun tak balik Malaysia sos :(



nasi puteh+sotong+ayam goreng celup tepung

 Yg ni makan lunch siang tadi. Tak berkeinginan nak masak sedap2. Masak tanpa rujukan resepi di internet, maka terjadi lah lauk ini. Makan sorang2 sambil layan drama Bicara Hati.



 
going back home after buying some groceries.





Laki aku cakap gambar nasi goreng tu aku p cekup kat google. Owh beliau memang tak percaya dengan kebolehankuuuuuuuuuuuu ! wwuwuwuwuwu sedeyh okay. Tapi takpe kite cuba lagi laen kali.
I will never give up syg. Because I love you more and more and more and I will do anything for you<3
Okay sekarang boleh lah slow2 masuk tido sebab laki ku tiada-pergi melepaks dengan boyfriends nya. Tape bagi je die keluar sekarang, nanti kawen suh jaga anak pulak hihi :) 




 Happy Sunday ya all!

Bye2



Love and hugs,

NR



2 comments:

saya_arief said...

nak semua yang ada dalam gambar2 diatas. kbai.
haha.

Senorita Nadira said...

hahaha. org tu dok kat malaysia senang je nak makan p beli je. kite dok kat sini kne buat sndri huhu:((