Cool People

loveYouloveYou

Daisypath Anniversary tickers

October 31, 2011

Aku Kena Tag Woooiiiii

  Assalamualaikum



sy adelah mangse tag long last lost bestie..tp xpe..layan..


 RULES :
 1.You must post these rules. 
 2.Each person must post 11 things about themselves in their journal. 
 3.Answer the questions the tagger set for you in their post. 
    And create eleven new questions for people you tagged to answer. 

 4.You have to choose 11 people to tag and link them to the post
 5.Go to their page and tell them you have tagged him/her. 
 6.No tag backs. 
 7.No stuff in the tagging section about 
    'You are tagged if you are reading this' you legitimately 
    (a.k.a really, trust, with all honesty) have to tag 11 people.







11Perkara Tentang Saya Anda Patut @ Tak Patut Tahu

1. Name sy Fatin Nadirah. Name komersial, Nadira Rahim (^^;)     
2. Nama timangan time skolah rendah dulu fatin je. Naek skolah menengah org pnggil sy
fatinnad, tennad dan sekarang nad. (makin pendek pulak jadiknya) (!___!)
3. Sy anak ke 8 drpd 10 adik beradik.
4. Sy sukakan perubahan sbb perubahan kdg2 membawa kpd kejayaan.
5.Sy sukakan kanak2 (yg nakal taklah). Kanak2 tu mestila anak buah sy. Kalo anak org laen,
budak tu perlu betol2 comel baru sy berminat nak dekat heheheheh (gelak sopan).
6. Tentang fesyen, ikot mood. Sy jenis versatile. Sy boleh jadi gurlish, ranggi, rock and sporty.
7. Sy ni mudah terpengaruh dgn persekitaran huhuhuhuhu.
8. Sangat suka berjalan-jalan, meronggeng. Sebab sy takkan sia2 kan masa muda
sy dengan perkara yg entah hape2 cth layan jiwang, sedeh, kecewa n etc.
9. Kalo tentang lagu, sy tak kesah lagu ape pon asal sedap didengar. Sy ni jenis yg tak suka menyanyi so jarangla lirik lagu sy ingat hahaha.
10. Owh sy sangat susah nak bangun dari tido. Sy jenis tido mati sampai siren bomba bunyi @
gempa bumi pon sy tak rasa. ( L_____L ) ~zzz

11. Nurakmal Hashim's   (♥_♥) 



Soalan daripada AmyA. Meh aku jawab meh.


1. kalau anda boleh jd satu benda,nk jadi ape?
ermmmm nak jadik kucing kot. sebab kucing comel and orang salu peluk (:

2. ape mnde yg rse2 nk cerita tp klu tulis kt blog mcm gedik?..
nak cerita pasal bf. nak ceritakan setiap detik yg dilalui bersama. tapi tak boleh sbb tetttttt (=_=) 

3. adekah korang membenci diri korg?
kadang2. sbb kadang2 mulut ni banyak celoteh sgt. mesti orang ckp annoying kan. macam mane nak jadi pendiam ni?? huuuuueee. lagi satu aku ni jenis hangat2 tahik ayam. oh macam mana nak buang sifat ni tulun3

4. haa..post masjid kat atas ni korg da bce x?
baca tajuk post je. tak baca isi kandungannya sbb sy tahu sy tak mampu nak menderma. sy pon hidop kais pagi makan pagi, kais petang makan petang :(

5. ape bnde yg korg suke tp org len xsuke?
ermmm ape eh. maybe hati, pedal ayam n segala organ dalaman ayam kot. ramai org tak suka kan. tp aku suka gila! kui3
6. kalau ttibe de org hensem, pandai, beragama, kaya, datang minang korang next week tu nikah, korang nak x?
tak kot sbb sy seorang yg setia. sy rase takkan ad org yg sebegitu rupa akn datang meminang sy sebab yelah, sy sedar sy ni siapa wuwuwuwwu.

7. bila pk jepun korang pikir ape?
sakura, mt fuji, bullet train, awek cun.

8.  ape 1 bnde pada korang paling teruk dilakukan manusia?..1 je
pembunuhan. astaghfirullah.

9. kite kenal ke?..
insyaallah kenal. aku satu mrsm ngn ko okeh. kalo ko tak kenal aku p cekik ko nnti :p

10. skali pndg, ape 1st impression pd sy?..negative accepted..jujur lah
ermmmm jenis kalut aka gelabah hahahah!. tp cun jugak sebenrnya (ni serius).

11. ni soalan last, pernah x korg menyesal bercinta?
pernah jugak. sebab mana tahu suatu hari terpikat ngan orang laen or berjumpa dgn org yg lg baek kan. tp demi rasa tanggungjawab dan komitmen, sy akan terus setia dgn si dia. 
ya allah, janganlah ada apa2 halangan diantara kami, aminnnnnn.



Soalan utk mangsa

1. status korang sekarang ape. jika ada bf@gf, nyatakan umur dan dimana si dia belajar @ bekerja.
2. korang skang belaja ke buat ape? sila nyatakan tempat anda belajar @ bekerja.
3. korang rasa korang cantik @hensem tak? 
4. Jika diberikan peluang, negara ape yg korang teringin sangat nak pergi? Nyatakan sebab musababnya.
5. Your favourite current songs?
6. korang suka jepun ?
7. satu benda yg korang sangat kepingin sangat utk memilikinya.
8. rahsia korang kekal cantek dan slim. (sila tulis dgn terperinci sbb sy pon nak cantek cam korang jugak hak3!!)
9. sejauh mana anda kenal sy? sy ni org yg jenis mcm mana eh? 
10. nyatakan pendapat anda utk menghadapi orang yg tengok kite mcm tak puas hati je. mcm kite hutang dia rm10 juta jerk! huh.
11. selalu singgah baca blog senorita nadira tak? hik!




mangsa2 saya adalah jeng jeng jenggggg~~

2. zaty
3. eny
5. peanut
9. zilati
11. keon
12. Lysa

(owh ada orang yg sy kenal dalam blog je, tp takpe sy tag jugak sbb saya rasa nak mengenali diorang dengan lebeh rapat cewah! )


Happy blogging you alls!
Jawab jangan tak jawab :)


October 27, 2011

Kesayangan Saya


Assalamualaikum 



Wahai blog, sudah lama kita tidak ketemu.
Aku rindu bangat dong sama kamu :DD

27th October 2011-Thursday-Current room temperature 13 degrees celcius!
Sejuk makkkkkkkkk :((((
Dua 3 hari lepas hujan, lepas hujan teros menjadi sejuk begini. 
Beginilah keadaan negara yg mempunyai 4 musim.
Kejap hujan, kejap panas, kejap mendung, pendek kata cuaca yg tidak menentu lah.
Sampai abeh jerawat aku tumbuh merata di muka (erk ada kaitan ke?)
Owhhhh noooooo :((((((((

Ok hari ni sejarah telah dicipta. Aku keluar rumah pergi sekolah pagi2 buta lagi (8:15am)
dan pulang hari sudah malam (6pm).
Perghh rajin gila aku sekolah kan??
Owh hari ni jugak aku dan group aku selesai mengukur jalan.
Ukur bukan sebarang ukur bro, dok ulang benda sama dekat 3 kali.
Tapi lastly, bacchiri-shimashita!!
Teacher assistant siap puji lagi , wah cantik dan kemas lukisan ! (dalam bahasa jepun :P)
MORAL : dont give up dan buat kerja biar lambat asal error tak banyak sangat:D

Yg paling kelakar, budak dari negara China group aku cakap, aiiishhh pelek ni takde error langsung. 
perfect sangat ni. hahahahahhah!!
yelah mcm tak percaya benda yg susah tu menjadi begitu perfect hasil kerjasama 4 jasad.
Tapi alhamdulillahhhhh dah selesai dah pon :)


Celoteh hari ni itu sahaja.
Jom usha photos insan kesayangan saya :)


yang ni kitorang panggil twinkle sbb diorang twin :)
 

lil Zafeerah Fitri


and his brother Zafeer Aidil 



Aryan Haris aka Ebok


and his sister  Airis Arissa aka kakak



ni pulak Diani Irdina aka Dian

yg ni menurun mak sedara dia.
setiap gambar posing laen2 tak payah disuruh2.mantap sunggoh.

bersama abg long nya Syed Afiq Afham



yang ni paling bongsu. Nur Qaseh




Comel2 sunggoh anak buah aku ni.
Kalo aku nak balik Malaysia pon sebab aku nak tengok diorang2 nilah.
Rindu kot nak tengok gelagat diorang. Macam2 !

Harap dengan gambar2 ni aku mampu bertahan menunggu masa utk
pulang ke kampung raya tahun depan insyaallah~~



p.s cek ten mish u allll sooooooooo much !! mmmmuaaahhhh10x !!

October 23, 2011

Otanjoubi Omedetou Nisa Chan

Assalamualaikum 



Holla girlsss ! :)))))))))
erm boys tade kot nk bace blog aku ni haha
Hampa sume weekend ni buat ape?
Ouh sekarang musim konvo kan?
Bestnya kalo dapat p majlis konvo.
Dapatlah bergaya dengan jubah sekejap. Tak gitu?
Ouh my fren pon dah grad semalam.
Kongrets Siti Asma :)

Ermm Jumaat malam yg lepas me n my frens celebrate my senior burfday.
Happy Birthday Nisa !!
Kitorang jarang celebrate birthday sebab yelah kan masing2 busy. Kekangan masa lagi.
Birthday aku mesti time orang cuti and aku pon balik Mesia for spring break.
Ada birthday yg terkena time final exam,
memang tak celebrate langsung la kot!
Kesian kesian kesian.
Malam tu kitorang buwat suprise. Dekat jam 12 mlm kitorang p terjah ramai2 umah Nisa.
Suprise tak suprise sangat pon tapi okay la sbb Nisa langsung tak sangka 
kitorang nak celebrate burfday dia hihihi
Best gila sebab girls only!
Paham2 jelah macam mana bestnya kalo girls only kannnnnnn :P


Party in da House !!!!




mata tak lepas2 daripada tengok kek.
tak sabar nk potong dan nak ngap!


upacara memotong kek



hadiah yg tak sebarapa daripada kami :)

Baskin Robin Choc Cake! walah~
(kek daripada ais krim. sumpah sedap gila)



otsukare minna ! 

banyak dapat hadiah! untunglahhhh~~



"May this birthday offer you as much joy and happiness 
as you give to all who know you."


Birthdays come but once a year. Make the most of today.

otanjoubi omedeto Nisa !



p.s hari mendung menandakan hujan dah nak turun.
tapi sementara hujan tak turun lagi, marilah kite laju2 kayuh basikal
ke kedai utk soppim hak3!!


October 20, 2011

Indah Permainya Pantai Di Kampungku !


Assalamualaikum 





Hari ni entry gambar sahaja.
Susah jugak kalau mulut becok saya ni dok mengata sana sini.
Nanti banyak hati pulak yang terasa.
Kita tak mau benda ini terjadi lagi.
TAMAU.
No No No No~~~
Betolla pepatah yang mengatakan,
Berapalah tajam pisau parang, tajamlah lagi mulut manusia
huhuhu..
(maafkan saya jika ada hati yg tersinggung sebelom dan selepas ini)
Sunggoh, tiada niat laen melainkan untuk 
meluahkan isi hati saya dan memuhasabah
diri saya sendiri.
Saya hanya insan biasa yg tak terlepas daripada membuat kesilapan.
Saya suka menulis, berceloteh dalam blog saya ni maka jika
ada kata2 yg menyinggung prasaan saudara dan saudari sekalian,
harap dimaafkan .
SUNGGOH, saya tidak pernah ada musuh dan saya pon tak ingin membuat musuh
dan menjadi musuh orang laen.
Saya takotttttttt huhuhuh  :|


ok. tukar topik.


Ini punya cerita sudah lama.
Dalam sebulan yang lepas kot.
Time aku balik Malaysia for summer break hari tu.
Seriously, cuti kali ni merupakan cuti yg sangat bermakna.
Mungkin sbelom ni jiwa aku selalu kacau,
tp bila dah balik ke kg halaman,
bergurau senda dengan lebeh kurang 15 orang anak buah aku,
aku rasa segala kekacauan itu lenyap teros daripada fikiran aku!
Betollah orang kata anak2 mmg rezeki daripada Tuhan.
(aku pon nak buwat anak cepat2 lah kalo macam ni hak3!!)

Kali ni aku melepak dan ambil angin di Pantai Sri Tujuh, Tumpat, Kelantan.
Girls Day Out mungkin sebab aku p ngn adik, sis n anak sedara..
 ni anak buah aku yg ke entah ke berapa, nama dia Airis Arissa.
umo 2 tahun, ganas sikit walaupon perempuan,
suka tengok baby tv sambil minum susu dan bermain telinga umi nya
tapi penakot air pantai (air kolam tak takot langsung pulak! )
jadi aku sbg mak sedarenya mencoba sedaya upaya supaya dia tak takot ngn air pantai.

percobaan membuat dia senyum. muka dia cuak habes tanak turun ke pantai.

entah ape yg dia membebel pon aku tatau.
tapi dia dok tunjuk2 air pantai.
sebatu die dok dari air pantai tu sbb takot kaki terkena ombak pantai hahah!!

semakin mendekati

dekat lagi

and finally she stepped out to the beach!
BRAVO kakak!! 

p.s siap join kanak2 laen mandi pantai  ngn parents diorang lagi kau! :P

ini sis aku n kawan dia
ini pulak adek aku


Owh sebelom tu kitorang dah melantak mee jambo.
apakah itu mee jambo?? 
jeng3~~


ok lah korang ! selamat beristirehat! 
papai :))))))))


p.s gila harini aku jadi model tiang utk ukur jalan!
gila penat woiiiii. tapi pengalaman ni n maybe berguna utk masa hadapan.
civil engineer lah katakan.... ukur jalan tu biasala huhuhuhuhu

October 17, 2011

Random


Assalamualaikum



Tatau nak tulis ape ni..
Just random.
Pagi tadi kelas patotnya pukul 8:30 pg tapi bila dah terpacak depan
kelas, kelas tunda pukul 10:30 pulak.
Dalam hati menyumpah, cis!
Sensei ni sesuka hati dia aja nak tukar2 jadual last minute.
Aku kemain lagi bangun pagi2 huh.
So bersembanglah kau selama dua jam sambil breakfast
shichikinmayo-onigiri (nasi kepal perisa tuna n mayonnese) yg tak berapa nak sedap =='
and ocha (teh jepun).
Aku lagi suka ebi-mayo-onigiri (nasik kepal perisa udang n mayonnese) :)

Bila kelas dah bermula, aku pon dah lentok bagai tetttttttt

Kelas tu bersambung pulak dari jam 12:50 to 1:35
tapi aku skip sebab ada interview jam 2 tu.
Ramai jgk budak laen yg skip klas sebab ramai yg ada hal (menunjukkan ini salah sensei)
haahaahahaahahah (gelak jahat)

Setelah diinterview, lega..
aku berharap sangatlah orang tu akan ambik aku keje huhu..
Esok pagi pon ada lagi satu interview, doa2 kan saya ye :))))))

Sekian sahaja untuk hari ini.
Perghhhhh dapat ceramah free! ekekeek
Bye peeps! :)

October 14, 2011

Erkkk artis ke??



Assalamualaikum
Здравствуйте! :p




Kesinambungan daripada entry yang sebelomnya..






................................................................................................................




Pakai pakaian macam ni artis ke??
Kitorang dua orang ni pakai over sangat ke?
Rasenya mcam biase je baju pon tade brand kowt
Kenapa mesti dok mengata yg kitorang ni artissss??
Urghhhh!!
menyampah. tak suka. fullstop.
Orang kat Malaysia pon bergaya sakan takkan kita nak temgok aje? krkrrk






Entry ini berbaur marah dan berkecil hati mungkin.
Tapi aku takdalah terasa sangat yg diorang dok mengata
kat aku sbb aku sedarla kan aku ni mcm mana.
Gemuk pon aku, hitam pon aku jugak.
Tapi kesianla sape2 yg jadi mangsa tu.

Sila ambek iktibar okay.

Jangan sekali kali dok mengata kat orang.
Semua orang ada gaya masing2 kan..
Kena atas batang hidung sendiri satu hari nanti baru hampa taw!!



Sekian harap maklum :)

October 12, 2011

KOSMOS Matsuri or KOSMOS Festival

Assalamualaikum




Gambar teaser mestilah wajib kene ada gambar tuan blog kan? :P

Isnin dua hari yang lepas satu Jepun cuti sempena hari ape tah hihi (ketawa sopan)
kite dan kawan2 pergi lah amek angin dan bersantai di kampung kami ni.
So cerita ni memang fresh dari ladang lah wa cakap.
Sebenarnya kita yg gedik2 nak pergi tempat ni.
Dari tahun lepas lagi kita teringin nak tengok bunga kosmos ni
tapi tak berkesempatan sebab sudah terlambat.
Kalau time spring ada sakura, tapi kalau summer nak masuk autumn
bunga kosmos ni la banyak. Tapi tak sure ada di seluruh Jepun ke tak.
After some researches, jumpalah Kosmos Festival ni kat area dekat aje ngan tempat
tinggal kitorang. About 30 minutes driving, sampailah di tempat kejadian.

Pada mulanya macam tak ramai yg nak ikot, so kite sbg orang yg bersemangat ni
agaklah kecewa (diorang ni tak suka p jalan ke hape) huhuh..
Tapi last minute, sume orang pergi n ada jugak yg kena paksa ngan my sempai ops! :D

So, lets cekidout ! 





inilah yang dinamakan bunga kosmos 







Marilah kita beransur pulang.

Sapa suh pergi tengah hari time matahari terpacak di kepala?
Nak amek gambar pon susah nak setting urghhhhh.


Gambar semua peserta dan sorang lagi shutter kamera :)

Ok sekian untuk kali ini
babai ya all ! <3


p.s semoga hari ini lebeh baek dari semalam aminnnn